#Hiburan: Zizi Kirana Tak Pasti Bila Pulang Ke Tanah Air, Akui Tiada Jawapan – “Dah Lupa Saya Ini Seorang Penyanyi”

Penyanyi terkenal Zizi Kirana baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila berkongsi perkembangan selepas menyertai misi kemanusiaan Flotila Sumud Global ke Semenanjung Gaza.

Tak pasti bila pulang ke Malaysia

Menerusi perkongsian di Threads, Zizi mendedahkan bahawa dia sendiri belum pasti bila akan pulang ke tanah air meskipun sudah ada beberapa undangan persembahan menanti di Malaysia.

Advertisement

Zizi Kirana Sumud Flotilla

Semalam buat panggilan video dengan pengurus saya borak pasal Global Sumud Flotila (GSF). Dia ada tanya agak-agak bila balik Malaysia sebab ada beberapa acara yang jemput untuk buat persembahan.

“Lupa saya ini seorang penyanyi”

Lucunya, pelantun lagu Eh itu sempat berseloroh yang dia dah ‘lupa’ cara nak buat persembahan atas pentas.

Zizi Kirana

Saya ada gurau cakap kat dia, saya dah lupa macam mana nak buat persembahan atas pentas dan lupa saya ini seorang penyanyi.

Sebelum ini, Zizi juga pernah berkongsi rasa berat hati untuk membuat panggilan video kepada keluarganya kerana tak sanggup melihat mereka menangis merinduinya.

Zizi Kirana harap rakyat Malaysia terus sokong Sumud Flotilla
2025-09-18 16:57:51

Zizi Kirana Harap Masyarakat Fokus Misi Kemanusiaan - "Dekat Malaysia Aku Nampak Sibuk Hal Politik, Hal Rumah Tangga"

The post Zizi Kirana Tak Pasti Bila Pulang Ke Tanah Air, Akui Tiada Jawapan – “Dah Lupa Saya Ini Seorang Penyanyi” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments