#Hiburan: Puteri Sarah Kongsi Rezeki, Sedekah Makanan Untuk Pemandu Ojek Di Indonesia – “Buat Bapak Sama Teman, Dimakan Ya”

Baru-baru ini, muncul satu ‘gerakan’ atau satu inisiatif daripada rakyat Malaysia yang bersepakat untuk membantu rakyat negara jiran ketika saat-saat mereka berdepan situasi tidak menentu ketika ini.

Inisiatif itu adalah untuk membantu para pemandu Grab atau ojek dengan membuat pesanan makanan dari peniaga di sana dan sekaligus bersedekah kepada mereka.

Advertisement

Pelakon, Puteri Sarah Liyana menyambut baik inisiatif tersebut dan mengambil peluang untuk menghulurkan bantuan kepada seorang pemandu ojek di Indonesia.

Menerusi tangkap layar mesej di aplikasi, pesanan Sarah dari restoran Soto Betawi Bang Jack di Jakarta telah diterima oleh seorang lelaki bernama Maruba Joner.

pemandu ojek Indonesia

Lelaki berkenaan kemudian menghantar mesej dan bertanya kepada Sarah di mana dia harus menunggu untuk menghantar pesanan tersebut memandangkan aktres itu memilih lokasi penghantaran di lobi sebuah bangunan.

Saya dari Malaysia. Itu buat sedekahnya bapak sama teman. Nanti dimakan ya.

pemandu ojek Indonesia

Maruba kemudian dilihat mengucapkan terima kasih kepada aktres berusia 39 tahun itu dan mendoakan agar diberkati dan ‘sukses’ buat Sarah.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga kemudian membalas dan mendoakan agar Indonesia segera sembuh daripada protes dan situasi-situasi tegang yang berpunca oleh politik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelancong malaysia di jakarta
2025-08-30 15:43:41

Rusuhan Di Indonesia Cetus Kebimbangan, Rakyat Malaysia Tertanya-Tanya Selamatkah Untuk Bercuti?

The post Puteri Sarah Kongsi Rezeki, Sedekah Makanan Untuk Pemandu Ojek Di Indonesia – “Buat Bapak Sama Teman, Dimakan Ya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments