Penceramah bebas, PU Syed tampil memberi teguran terhadap Liyana Jasmay susulan kenyataan yang diberikan pelakon itu sebelum ini yang mengakui dirinya memang gemar memakai pakaian seksi.
Menerusi Instagram, penceramah itu menyelar kenyataan pengarah berusia 37 tahun berkenaan dan menegaskan sebagai umat Islam kehidupan kita terikat dengan halal dan haram.
Terbuka atau tertutup penerimaan kamu kepada kata-kata netizen di luar sana, kamu kena ingat sebagai umat Islam, kita terikat dengan halal dan haram. Bahkan kedua-dua jelas seperti disebutkan Rasullah SAW.
Seperti kebiasaannya, penceramah berkenaan memberi teguran dengan turut menyertakan ayat Al Quran dan sabda Baginda.
Jadi buat pelakon ini ambe ingin berikan ancaman Rasulullah SAW bagi seseorang yg berani membuat atau merintis perbuatan yang buruk dan akhirnya menjadi ikutan manusia.
PU Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut menitipkan pesanan buat Liyana Jasmay untuk memakai pakaian yang lebih tertutup agar menjadi contoh pengikutnya.
Kamu ramai pengikut, janganlah sampai mereka terikut-ikut dengan gaya penampilan kamu. Takutlah pada Allah…
View this post on Instagram
Terdahulu, Liyana Jasmay yang menerima kecaman ramai akui gemar mengenakan pakaian seksi dalam kehidupan harian, namun jarang berkongsi penampilannya itu di media sosial.
The post Mengaku Suka Pakai Seksi, PU Syed Tegur Liyana Jasmay – “Kita Umat Islam Terikat Halal & Haram, Takutlah Pada Allah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments