Nampaknya selebriti popular, Rafidah Ibrahim kini dihimpit masalah besar apabila bekas majikannya, Datuk Haris Embong tampil dengan kenyataan tegas berhubung isu pembayaran ganti rugi yang masih belum diselesaikan.
Rafidah masih mendiamkan diri
Difahamkan daripada laporan mStar, Rafidah masih membisu dan belum membuat sebarang bayaran walaupun Mahkamah Tinggi sudah mengarahkannya membayar RM281,200 sejak Julai 2024.
Sejak kes selesai tahun lepas, dia tak pernah hubungi saya. Satu sen pun tak bayar dari jumlah yang mahkamah tetapkan.
Sedia hantar notis bankrap
Lebih mengejutkan, Haris turut berkata beliau sedia menghantar notis bankrap jika tiada maklum balas daripada Rafidah selepas notis peguam dihantar.

Khamis ni jadi penentu. Kalau dia terus berdiam, saya akan ikut nasihat peguam untuk hantar notis bankrap.
Untuk rekod, Rafidah sebelum ini didapati bersalah memfitnah Haris dan syarikatnya Arisprop Holdings Sdn. Bhd. menerusi satu hantaran media sosial pada tahun 2021.
The post “Satu Sen Pun Tak Bayar!” – Gagal Bayar Ganti Rugi Lebih RM280K, Bekas Majikan Sedia Hantar Notis Bankrap Pada Rafidah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments