#Hiburan: “Adik, Nikah Itu Mudah. Tapi Seumur Hidup Itu Lama Jadi Carilah Yang Tepat” – Abby Abadi

Baru-baru ini, nama pelakon dan penyanyi Abby Abadi menjadi sebutan selepas dikatakan mencampur urusan rumah tangga anak perempuannya dan berharap Marissa Dania berpisah dengan suaminya, Aslam.

Malah menerusi siaran langsung sebelum ini, Abby berkata Marissa mahu diselamatkan namun meminta agar dirinya diberikan ruang dan sedikit masa.

Advertisement

abby abadi

Terbaru, Abby telah berkongsi petikan ayat bahasa Indonesia daripada sebuah video di Instagram story berhubung rumah tangga dan telah ‘tag’ Marissa di dalam hantaran itu.

Menikah itu mudah. Esok pun boleh. Tapi seumur itu lama. Jadi carilah yang tepat yang boleh saling melengkapi dalam keadaan suka dan suka.

IG story Abby Abadi

Hantaran tersebut dipercayai mahu ditujukannya kepada Marissa berkaitan rumah tangganya dengan Aslam yang mana sehingga kini masih berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

2025-08-28 16:59:22

"Marissa Memang Nak Diselamatkan Tapi Dia Minta Bagi Masa" - Abby Abadi

The post “Adik, Nikah Itu Mudah. Tapi Seumur Hidup Itu Lama Jadi Carilah Yang Tepat” – Abby Abadi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments