Baru-baru ini, kecoh di platform media sosial mengenai orang ramai pertikaikan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria membawa ahli keluarga yang tiada kaitan dengan kontijen Malaysia ke Paris.
‘Tak perlu buli siber keluarga saya’
Namun begitu, pihak MOM menjelas bahawa Norza tidak menggunakan dana kerajaan, sebaliknya menggunnakan duit sendiri membawa ahli keluarga ke Sukan Olimpik Paris.
Susulan teruk dikecam, Norza merasakan tindakan netizen buli siber terhadap keluarga sememangnya tidak perlu dan hal ini tidak sepatutnya terjadi kepada mereka.
Saya tidak menerima sebarang gaji daripada kedua-dua pertubuhan mahupun elaun. Saya ingin membantu membawa kecemerlangan dan kebanggaan kepada negara kita.
Semua peraturan dah dipatuhi
Dalam pada itu, Pengarah Pentadbiran BAM, Michelle Chai berkata semua peraturan telah dipatuhi dan buli siber tidak sepatutnya berlaku.
Jika kita tidak menyukai seseorang, tidak bermakna semua yang dia lakukan adalah buruk.
Difahamkan, Norza akan segera mengundur diri daripada BAM susulan kontroversi yang telah berlaku ini.
The post “Faham Isu Dulu Sebelum Komen..” – Kesal Keluarga Kena Buli Siber, Norza Akan Undur Diri Dari BAM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments