Sedia maklum, sejak beberapa hari yang lalu, isu berkaitan pelawak, Shuib, Mamat dan Jep Sepahtu hangat di platform media sosial, memandangkan masing-masing memuat naik hantaran seakan-akan memerli satu sama lain.
Tak memihak pada siapa-siapa
Isu ini telah mendapat perhatian ramai, tidak terkecuali pelawak terkenal Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah.
Achey berkata, dia tidak memihak kepada sesiapa dalam hal ini dan hanya mahu melihat pelawak-pelawak seniornya itu dapat berbaik semula.
Menerusi laporan mStar, Achey juga ada memberi pesanan supaya masalah itu dapat diselesaikan secara tertutup dan tidak perlu diluahkan di media sosial.
View this post on Instagram
Bermaaf-maafan, dah tua
Tambahnya lagi, kesemua daripada mereka sudah mempunyai banyak pengalaman dalam bidang seni jadi dia berharap mereka dapat saling bermaafan.
Mereka pun dah besar seeloknya jika ada masalah bermaaf-maafanlah, masing-masing dah tua, jadi profesional, telefon dan selesaikan dengan baik.
Achey juga berkongsi cerita bahawa dia dan ahli Bocey juga pernah bergaduh, tetapi mereka menyelesaikannya dengan cara baik tanpa memberitahu kepada media sosial atau pihak luar.
The post “Seeloknya Bermaaf-Maafan, Masing-Masing Dah Tua” – Achey Bersuara Isu ‘Perbalahan’ Sepah Di Media Sosial first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments