#Hiburan: “Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah” – Transkrip Perakam Suara Pesawat Dikeluarkan, Tragedi Elmina ‘Berdarah’ Kembali

Semalam, Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) telah mengeluarkan laporan akhir insiden pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina Shah Alam pada tahun lalu.

Apa yang dinantikan pastinya salinan transkrip perakam suara kokpit milik pesawat itu di mana ia merakamkan komunikasi antara juruterbang dengan menara kawalan di Subang sebelum mendarat.

Advertisement

Difahamkan, pesawat itu telah mendapatkan kebenaran untuk mendarat di menara kawalan semasa menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Bunyi klik kemudian dirakam menerusi mikrofon di kawasan kokpit di mana ia menunjukkan lift dump spoilers pesawat malang berkenaan sudah diaktifkan.

Lebih menyayat hati, rakaman suara juruterbang dan pembantu juruterbang sebelum pesawat terhempas di mana kedua-duanya berada dalam keadaan panik.

Rakaman saat akhir pesawat Elmina

Dalam pada masa yang sama, nada amaran lift dump masih didengari sehingga rakaman tersebut tamat.

Sekadar info, insiden pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, Elmina pada 17 Ogos tahun lalu telah mengorbankan 10 orang penumpang termasuk krew pesawat, pemandu sebuah kereta dan penunggan motosikal yang kebetulan melalui kawasan berkenaan ketika hari kejadian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nidza tiada unsur jenayah
2 days ago

(TERKINI) Tiada Unsur Jenayah Dalam Kes Kematian Nidza Afham, Diklasifikasi Mati Mengejut

The post “Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah” – Transkrip Perakam Suara Pesawat Dikeluarkan, Tragedi Elmina ‘Berdarah’ Kembali first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments