Pelakon Norman Hakim berkata dia berasa bersyukur dengan segala aturan yang ditetapkan Allah S.W.T ke atas dirinya dan keluarga.
Ujar Norman, meskipun berdepan dengan pelbagai ujian, dia menyifatkan setiap perkara yang hadir dalam kehidupan adalah di luar kawalan seseorang.
Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dengan aturan Allah bagi pada saya dan keluarga.
Sekiranya kita anggap ia musibah dan ia akan terjadi musibah. Pada saya ia ibarat pusingan kehidupan yang perlu kita lalui.
Dia yang ditemui media berkata setiap orang perlu kekal positif dan yakin dengan apa yang dilalui dalam kehdiupan.
Ada kata-kata mengatakan kalau kita diuji adalah sebab Allah saya. Saya selalu kata begitu pada diri saya.
Pada saya, kita yakin setiap apa yang kita lalui dalam kehidupan adalah dalam kawalan kita.
Norman dalam pada itu menegaskan bahawa apa yang terjadi di dunia realiti perlu diberikan keutamaan dan tidak perlu terlalu menghiraukan persepsi netizen di alam maya.
Terdahulu, anak perempuan Norman Hakim, Marissa Dania dilaporkan kehilangan anak sulung sejurus dilahirkan pra-matang.
Nama Marissa mula menjadi tumpuan gara-gara pernikahan anak Abby dan Norman itu yang diadakan di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan keluarga dan madunya, Umisya Mazlan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Saya Anggap Ia Ibarat Pusingan Kehidupan..” – Norman Hakim Anggap Ujian Keluarga Sebagai Aturan Allah S.W.T first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments