“Tolong selamatkan ibu saya,” itu rintihan anak sulung wanita warga India yang masih belum ditemui selepas terjatuh ke dalam lubang benam dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, pagi semalam.
Lelaki berusia 26 tahun bernama Surya itu difahamkan tiba dari Thailand dan terus bergegas ke lokasi kejadian pada 9.30 malam tadi.
Surya yang tidak dapat menahan kesedihan selepas apa yang berlaku kepada ibunya itu dilihat menangis teresak-esak dan terpaksa ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga dan kenalannya yang turut berada di lokasi.
Terdahulu, Vijayaletchumy, 48, yang sedang berjalan kira-kira jam 8.20 pagi itu terjerlus ke dalam lubang sedalam lapan meter.
Vijayaletchumy yang berasal dari Andhra, Kuppam sepatutnya pulang ke India esok bersama keluarganya selepas dua bulan melancong di Malaysia.
Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan dan seramai 15 anggota pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan Hang Tuah terlibat.
Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Unit Pengesan (K9) turut dikerah ke lokasi kejadian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Tolong Selamatkan Ibu Saya” – Anak Mangsa Tanah Jerlus Tak Dapat Tahan Kesedihan, Terpaksa Ditenangkan Ahli Keluarga Lain first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments