Pelakon Uqasha Senrose memberikan respon setelah namanya ‘dipetik’ sebagai selebriti yang memukul pembantu peribadinya tempoh hari.
Aktres itu menerusi satu ‘live’ TikTok menangkis dakwaan itu dan menganggap ia sebagai satu tuduhan yang tidak berasas.
Debik PA? Biar betul? Aku di rumah dengan anak sahaja. Ingat aku gangster sangat nak debik. Aku dengan anak 24 jam nak pergi debik orang dah kenapa.
Terdahulu, seorang pembantu peribadi kepada pasangan selebriti mendakwa dirinya dicederakan dan ditumbuk bahagian kepala kerana masuk campur dalam hubungan suami isteri majikannya itu.
Malah, pembantu peribadi itu turut ditahan polis kerana dituduh mencuri barangan kemas selebriti berkenaan dan telah dibebaskan dengan jaminan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Nama Kena ‘Petik’ Pukul Pembantu Peribadi, Uqasha Senrose Bersuara – “Ingat Aku Gangster Sangat Nak Debik Orang?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments