Semalam, Malaysia dikhabar dengan berita kurang gembira apabila jaguh trek berbasikal negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang disingkirkan serta merta dari perlawanan.
Pelumba Perancis himpit dan halang
Menurut Azizulhasni, dihalang dan dihimpit secara sengaja oleh pelumba France punca dirinya meningkatkan kelajuan untuk berada di posisi hadapan.
Katanya lagi, dia hampir terjatuh pada ketika itu susulan dihimpit oleh pelumba itu.
Himpitan itu terlalu aggressive dan bagi saya ia adalah intentionally aggressive (agresif secara sengaja) kerana melanggar saya dan hampir terjatuh. Saya terselamat kerana tindakan pantas dan good handling skills yang saya ada.
Dah cuba breaking tapi gagal kurangkan kelajuan
Dalam pada itu, pelumba berusia 36 tahun itu berkata pelumba Perancis itu masih cuba untuk menghimpit dirinya untuk kali kedua yang menyebabkan Azizulhasni bergerak ke hadapan untuk mengelak.
Biasa di lap terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat dari kelajuan 50 hingga 55km/h. Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi pacer bergerak lebih perlahan berbanding speed sebenarnya.
Susulan itu, pelumba trek berbasikal yang dikenali sebagai The Pocket Rocket Man itu berasa terkejut melihat kelajuan pacer yang kurang laju dan sudah cuba untuk breaking, malangnya tidak sempat untuk perlahankan kelajuan yang diingini.
The post “Pelumba France Himpit Agresif Secara Sengaja, Hampir Jatuh..” – Azizulhasni Ulas Punca ‘Disqualified” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments