#Hiburan: Bawa Anak & Isteri Ke Sukan Olimpik Paris, Presiden MOM Jawab Kritikan Netizen – “Saya Ada Kuota Khas, Tiada Kaitan Dengan Atlet”

Di media sosial semalam, nama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Norza Zakaria menjadi bualan netizen selepas tular foto memaparkan individu didakwa isteri dan anak lelakinya menonton acara Olimpik di Paris.

Menerusi foto yang viral itu, mereka dilihat duduk di kerusi penonton dipercayai sedang menonton perlawanan badminton.

Advertisement
kad akreditasi diberikan kepada keluarga ahli majlis tertinggi olimpik
18 hours ago

"Seluruh Rakyat Malaysia Perlukan Penjelasan" - 'Coach' Badminton Disekat Ke Olimpik Kerana 'Kuota' Terhad, Presiden MOM Boleh Bawa Isteri & Anak?

 

Goh Jin Wei tak dapat bawa jurulatih

Hal itu menimbulkan persoalan sekaligus menaikkan kemarahan rakyat yang menuntut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli untuk memberikan penjelasan.

Netizen turut membangkitkan isu tentang pemain badminton negara, Goh Jin Wei yang terpaksa ke Sukan Olimpik berseorangan tanpa jurulatihnya, Nova Armada disebabkan kad akreditasi terhad.

 

Ada kuota sendiri

Bagaimanapun, Norza telah tampil bersuara dan berkata dia memiliki kuota khas untuk membawa tetamu sendiri ke temasya sukan itu.

Tegasnya, kuota diperuntukkan untuknya tiada kaitan dengan kad akreditasi melibatkan atlet dan pasukan negara yang menyertai kejohanan berkenaan.

Sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan MOM saya diberikan peruntukan untuk bawa tetamu sendiri.Saya ada kuota khas, tidak kena-mengena dengan atlet.

norza zakaria bawa anak bini olimpik

The post Bawa Anak & Isteri Ke Sukan Olimpik Paris, Presiden MOM Jawab Kritikan Netizen – “Saya Ada Kuota Khas, Tiada Kaitan Dengan Atlet” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments