#Hiburan: “Ingat Mereka Nak Sangat Ke Jadi Rakyat Malaysia?” – Izara Aishah Selar Individu Perlekeh Usaha Kerajaan Rawat Rakyat Palestin

Pelakon Izara Aishah menerusi satu hantaran di aplikasi X tampil menyelar tindakan individu yang mengecam usaha kerajaan Malaysia dalam merawat rakyat Palestin yang tercedera baru-baru ini.

Difahamkan, individu itu mengkritik sikap rakyat Malaysia yang didakwanya hipokrit kerana sering menafikan hak pelarian untuk akses kepada kemudahan asas.

Advertisement

Izara aishah selar tindakan individu kecam tindakan kerajaan bawa pulang rakyat palestin

Berikutan itu, Izara mengkritik kembali dan menganggap kedatangan rakyat Palestin ke Malaysia hanyalah untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Ingat warga Palestin nak sangat ke jadi rakyat Malaysia? Mereka datang untuk dirawat sahaja. Berair mata sebab bayi kena penggal kepala dekat sana hari-hari.

Dia seronok tengok negara Malaysia, negara yang selama ini selalu tolong. Mestilah kita terharu, mereka ini sangat susah nak tinggal negara mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Izara Aishah itu.

Sekadar info, sejumlah 41 orang rakyat Palestin yang cedera berikutan serangan Israel bersama 86 ahli keluarga mereka telah selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang pada Jumaat lalu bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Uwasha senrose nafi belasah pa
19 hours ago

Nama Kena 'Petik' Pukul Pembantu Peribadi, Uqasha Senrose Bersuara - "Ingat Aku Gangster Sangat Nak Debik Orang?"

The post “Ingat Mereka Nak Sangat Ke Jadi Rakyat Malaysia?” – Izara Aishah Selar Individu Perlekeh Usaha Kerajaan Rawat Rakyat Palestin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments