Semalam, kecoh di setiap platform selepas pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun bersama 3 sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Susulan berita itu menjadi perhatian ramai, ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap isterinya, Hana Ismail serta anak yang baru dilahirkan kerana perlu hadapi ujian seperti ini.
Kata-kata Hana & Syed untuk mangsa
Bagaimanapun, terbaru, di platform X, video Hana dan Syed hadir di saluran podcast Caprice tular semula kerana mereka ada menyampaikan ‘mesej’ buat mangsa yang difahamkan alami kemurungan selepas dirogol.
Dalam video itu, Hana berkata tidak semua perkara perlu diceritakan kepada orang ramai dan cuba untuk memaafkan diri sendiri.
Mesej Da’i Syed ini kepada wanita yang dirogolnya, “Hadapilah hidup ini dengan tenang, sebab kita tak tahu kita masuk syurga atau neraka”.
What the hell, man?
pic.twitter.com/MUYnfiFwiK— Roman Akramovich (@SyedAkramin) August 30, 2024
Saya minta maaf apa yang telah dia lalui cuma berdamai dulu dengan diri sendiri, forgive yourself. Terima kelemahan dan kelebihan diri terlebih dahulu.
‘Hadapilah hidup dengan tenang’
Lagi yang membuatkan netizen berasa berang selepas mendengar Syed memberi ‘pesanan’ kepada mangsa yang dirogol untuk hadapi hidup dengan lebih tenang.
Saya mohon maaf kalau saya melakukan kesalahan kepada dia. Hadapilah hidup ini dengan tenang sebab kita tak tahu kita masuk syurga atau neraka. Jadikan dunia ini sebagai syurga.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang selepas mendengar kata-kata pasangan tersebut untuk mangsa kerana seolah-olah tidak berasa kasihan terhadap wanita yang dirogol.
The post “Hadapi Hidup Ini Dengan Tenang, Jadikan Dunia Ni Sebagai Syurga” – Mesej Da’i Syed Untuk Wanita Yang Dir*gol first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments