#Hiburan: Ernie Zakri ‘Sound’ Netizen Tuduh Makan Di Premis Tak Halal – “Terpampang Besar Dekat Situ..”

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri tampil membidas seorang netizen yang mendakwa dirinya mengunjungi premis makanan tanpa sijil halal.

Menerusi satu komen balas di platform Threads, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri menjelaskan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas kerana sijil halal jelas kelihatan dalam gambar yang dikongsikannya.

Advertisement

“Terpampang besar dekat kedai itu sijil halal. Insya-Allah,” tulis Ernie.

Penjelasan itu dibuat selepas seorang individu menggesa orang ramai untuk memboikotnya, selain mendakwa penyanyi lagu Ku Bersuara itu tidak peka terhadap isu halal dan haram.

ernie zakri

Dakwaan tersebut timbul susulan perkongsian Ernie yang memuat naik foto dirinya bersama suami, Syamel ketika menikmati hidangan di sebuah restoran nasi ayam terkenal di Melaka.

“Tolong boikot artis dan pempengaruh yang tak cakna isu halal macam ini,” tulis individu berkenaan.

Bagaimanapun, komen tersebut dipercayai telah dipadam selepas individu itu menerima kecaman hebat daripada netizen lain yang tampil mempertahankan Ernie.

Antara reaksi yang ditinggalkan termasuk:

“Dia buta agaknya.”

“Baru pergi minggu lepas. Nah (bukti) logo Halal sebesar alam ni.”

Isu ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai kepentingan menyemak fakta sebelum membuat tuduhan, terutama melibatkan perkara sensitif seperti status halal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nubhan
2026-03-27 09:11:53

Susuk Tubuh Wanita Di Instagram Nubhan Curi Perhatian Netizen - "Seteruk Ini Dia Downgrade"

The post Ernie Zakri ‘Sound’ Netizen Tuduh Makan Di Premis Tak Halal – “Terpampang Besar Dekat Situ..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments