Seorang individu berkongsi pengalaman menghadiri satu acara moreh yang turut dihadiri pelakon dan penyanyi Hannah Delisha baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Threads, individu itu berkata acara tersebut berlangsung meriah dan menyeronokkan, namun terdapat satu situasi yang membuatkan Hannah kelihatan kurang selesa.

Difahamkan, seorang lelaki tidak dikenali didakwa cuba memegang tangan pelakon itu serta berdiri terlalu rapat dengannya sehingga Hannah terpaksa menjauhkan diri.
Individu berkenaan menjelaskan dia tidak berniat untuk memburukkan sesiapa, tetapi berharap orang ramai dapat menjaga adab dan menghormati batas, lebih-lebih lagi Hannah sudah berkahwin.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian netizen yang bersetuju bahawa orang ramai perlu menghormati ruang peribadi selebriti ketika berada di acara awam.
The post Individu Dakwa Hannah Delisha Diganggu Lelaki Ketika Acara Moreh – “Macam Nak Pegang Tangan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments