#Hiburan: Dihina Aktres ‘J’ Suatu Ketika Dulu, Zara Zya Imbau Memori Lalu – “Dia Pun Dah ‘Lenyap’ Dari Industri”

Pelakon Zara Zya mengimbau pengalaman pahit ketika di awal pembabitannya dalam industri seni apabila didakwa diperlekehkan seorang aktres terkenal semasa penggambaran sebuah telemovie.

Menerusi perkongsian di Threads, Zara mendakwa insiden itu berlaku ketika dia masih belum dikenali dan baru bertapak dalam dunia lakonan.

Advertisement

“Kadang-kadang otak kita ni nakal, tiba-tiba je teringat itu ini. Saya teringat kejadian, masa saya masih belum dikenali, saya shooting satu telemovie. Lupa dah tajuk dia.”

“Pelakon tu perempuan nama dia J. Masa tu kami shooting di Mall. Ada la beberapa peminat nak bergambar dengan dia. Normal la tu kan, sebab dia dikenali.”

“Yang tak normal dan menyedihkan, dia boleh datang dekat saya lepas tu, dan ketawakan saya depan team shooting,” kongsinya.

Menurut Zara, aktres tersebut didakwa berulang kali mengeluarkan kata-kata yang menjatuhkan semangatnya.

“Dia ketawa sambil cakap, ‘hahahaha kau siapa? Orang tak kenal kau pun. Kau tak famous pun!’ Berkali-kali dia ulang. Saya diam. Saya teruskan kerja saya. Saya hadap dia hampir tujuh hari.”

“Macam-macam dia cakap dan hina saya. Memang masa tu orang tak kenal saya pun. Dan masih mentah lagi dalam industri,” ujarnya lagi.

Walaupun berasa sedih setiap kali mengenang peristiwa tersebut, Zara memilih untuk menjadikannya sebagai pengajaran hidup agar tidak sesekali merendahkan orang lain.

“Bila teringat tu, saya sedih tapi tak menangis. Sedih dia makan dalam dan buat saya sentiasa beringat, jangan hina orang. Jangan pandang rendah pada orang.”

“Sebab kita tak tahu rezeki kita dan orang tu macam mana. Oh… dia dah tak ada pun dalam industri lagi. Sekian,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zulin aziz
2026-02-18 15:14:44

Zulin Aziz Umum Sudah Bercerai Pada 18 Disember Lalu

The post Dihina Aktres ‘J’ Suatu Ketika Dulu, Zara Zya Imbau Memori Lalu – “Dia Pun Dah ‘Lenyap’ Dari Industri” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments