#Hiburan: “Walaupun Mungkin Saya Tidak Punya Anak Tapi Ada Benda Lain..” – Amira Othman Sedia Galas Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri Fatima

Melalui laporan mStar, penyanyi dan pelakon, Amira Othman mengakui dirinya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu tiri buat anak perempuan Fattah Amin iaitu Fatima.

Status ibu tiri bukan satu bebanan

Amira atau Nadia Amira Othman berkata dirinya tidak melihat status ibu tiri sebagai satu perkara yang membebankan, sebaliknya menganggap ia sebagai lumrah hidup berumah tangga.

Advertisement

Pada saya siapa pun yang saya pilih, tak kira status atau keadaan seseorang itu saya perlu terima. Walaupun mungkin saya tidak punya anak, tapi ada benda-benda lain yang saya harus terima.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin X Unifi (@unifi)

“Mudah-mudahan dapat jadi isteri yang baik..”

Dalam pada itu, penyanyi tersebut turut berkata tanggungjawab yang digalas bermula sekarang ini bukanlah satu perkara yang mudah, namun percaya ia akan berjalan lancar dengan izin Allah.

Apa yang pasti setiap fasa baharu itu harus dilalui dengan baik. Mudah-mudahan dapat jadi isteri yang baik.

Sekadar info, Amira Othman dan Fattah telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pada malam, Ahad di Sepang, Selangor.

fatima dan fattah amin
2025-09-14 21:29:45

(FOTO) Dipimpin Oleh Fattah Amin, Kehadiran Fatima Di Majlis Nikah Buat Ramai 'Cair'

The post “Walaupun Mungkin Saya Tidak Punya Anak Tapi Ada Benda Lain..” – Amira Othman Sedia Galas Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri Fatima first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments