#Hiburan: “Beliau Terima Saya Dengan Penuh Adab & Ihsan, Memimpin Dengan Wajah Yang Tidak Marah..” – PMX Kenang Bakti Pak Lah

Susulan khabar berita sedih mengenai pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia kini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah serta akui terkejut dengan berita berkenaan.

PMX kenang jasa Allahyarham Pak Lah

Dalam luahan hati dalam hantaran yang di muat naik di platform Instagram itu, PMX mengenang semula detik ketika beliau menziarahi arwah yang sedang uzur di kediamannya.

Advertisement

Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba. Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Seseorang yang penuh adab serta ihsan

Tambahannya lagi, Allahyarham Pak Lah merupakan seseorang yang sangat tenang ketika memimpin dan merupakan seorang insan yang berjiwa besar dalam segala aspek.

Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.

Bahkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan arwah terima dirinya dengan penuh adab serta ihsan ketika diri beliau berada di fasa ‘gelap’.

Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista.

sumbangan pak lah kepala batas
2 hours ago

Pak Lah Dalam Kenangan, Ubah 'Pekan Koboi' Kepala Batas Kepada Bandar Maju

The post “Beliau Terima Saya Dengan Penuh Adab & Ihsan, Memimpin Dengan Wajah Yang Tidak Marah..” – PMX Kenang Bakti Pak Lah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments