#Hiburan: (VIDEO) Netizen Geram Shila Amzah Buat ‘Perangai’ Lagi, Buang Gula-Gula Atas Pentas

Viral di aplikasi TikTok baru-baru ini, mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan aksi penyanyi berbakat iaitu Shila Amzah yang telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Shila atau nama sebenarnya NurShahila binti Amir Amzah dilihat mengeluarkan gula-gula getah dari mulutnya dan membuangnya di pentas.

Advertisement

Malah, aksi itu sempat dirakam kamera ketika penyanyi itu membuat persembahan menyanyikan lagu Khilaf Asmara pada Konsert Merdeka 65 yang ditayangkan di TV2, semalam.

Bila kau lupa nak buang gula-gula masa perform dan kali ni terbang ya gula-gula tu. Bertabahlah abang yang kutip tu.

@yazidyacob08

Bila ko lupa nak buang gula2 masa perform ? ?? kali ini terbang ye gula2 tu ??? Bertabahlah abg yg kutip tu ? #shilaamzah #shilalas #khilafasmara #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #fyp??viral #fyp?

? original sound – Yazid Yacob – Yazid Yacob

Sehingga kini, hantaran video itu telah meraih 767.2K tontonan, 8.7K tanda suka, dan 215 komen di aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi dan ada yang mendakwa penyanyi itu pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini.

Malah, ada juga yang meminta penyanyi itu agar tidak lagi membuang gula-gula getah dimerata tempat kerana takut dipijak oleh orang lain dan tindakan itu menyusahkan kerja pembersihan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 jam lalu

"Semakin Berani Dia Sekarang" - Netizen Terkejut Tengok Gambar Seksi Percutian Eyka Farhana

The post (VIDEO) Netizen Geram Shila Amzah Buat ‘Perangai’ Lagi, Buang Gula-Gula Atas Pentas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments