#Hiburan: “Sentiasa Berwaspada” – Gambar Dan Video Siti Nurhaliza Lagi Sekali Jadi Bahan ‘Scammer’ Lariskan Produk

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil meluahkan rasa kesal apabila ada sesetengah pihak yang menyalahgunakan gambarnya bersama suami, Datuk Khalid Mohd. Jiwa kerana ingin melariskan produk di atas talian.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Siti memberikan peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya tertipu dengan mana-mana akaun palsu yang menggunakan namanya.

Advertisement

Menurut penyanyi lagu Cindai itu, ini juga bukan kali pertama perkara sedemikian berlaku dan video tersebut dibuat supaya ramai lebih peka dan dapat mengesan penipuan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sudah banyak kali saya berpesan kepada pengguna media sosial mengenai penggunaan gambar saya, ada gambar suami dan juga video saya, kali ini saya buat video, supaya anda boleh mengetahui penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.”

Dalam pada itu, Siti turut memberitahu bahawa ada pihak yang menggunakan video live Instagram sebagai salah satu cara menipu pengguna media sosial di luar sana.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 43, berharap agar penjelasan yang dibuat dapat memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana supaya lebih berhati-hati.

Tidak semudah itu mereka mahu memberikan wang tunai, jika mereka jujur, mengapa menggunakan video saya? Bukankah dari sini kita sudah tahu muslihat mereka untuk memperdaya orang ramai, pesan saya sentiasa berwaspada.”

Selain itu, kami juga kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

siti nurhaliza dapat tengok lailatul qadar
1 bulan lalu

"Macam Tipu Je.." - Kongsi Temui Lailatul Qadar & Malaikat, Netizen Ragui Cerita Siti Nurhaliza?

The post “Sentiasa Berwaspada” – Gambar Dan Video Siti Nurhaliza Lagi Sekali Jadi Bahan ‘Scammer’ Lariskan Produk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments