#Hiburan: “Suami Nak Baby Tu!” Dapat Duit Raya Berkepuk-Kepuk, Elvina Mohamad Raya Sakan Bersama Suami Dan Anak

Pelakon cantik, Datin Elvina Mohamad menzahirkan rasa gembira apabila Aidilfitri kali ini dia telah menerima duit raya berkepuk-kepuk daripada suaminya berbanding raya ketika di tahun pertama perkahwinan.

Perkara tersebut dikongsikan Elvina menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

Advertisement

Dia dalam pada itu turut berterima kasih buat suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan dengan meluahkan harapan agar tahun hadapan dapat lebih banyak duit raya berbanding tahun ini.

“Dah upgrade guys!Haha. Hopefully tahun depan dapat lebih lagi.. Thank you suami, I doakan semoga you bertambah kaya so bolehlah tambahkan duit raya I lagi nanti..” tulis Elvina di hantaran tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat serta rakan artis turut sama teruja melihat telatah pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini bersama suami dan anaknya, Karl Mateen.

Advertisement

Malah ada juga yang berseloroh mengenai pemberian duit raya yang banyak itu kerana suaminya ingin cahaya mata yang baru sebagai balasan.

“Kau ingat dia upgrade sesaje ke? Dia nak baby tu..” usik pelakon Nad Zainal menerusi ruangan komen.

Terdahulu, Elvina dan suaminya Hanif telah mendirikan rumah tangga sejak empat tahun yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Karl Mateen yang kini berusia tiga tahun.

The post “Suami Nak Baby Tu!” Dapat Duit Raya Berkepuk-Kepuk, Elvina Mohamad Raya Sakan Bersama Suami Dan Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments