#Hiburan: ‘Rakyat Biasa Pun Rentas Negeri..’ – Michael Ang Tak Setuju Selebriti Dan Golongan Kayangan Disalahkan

Sedia maklum, isu berkenaan artis dan golongan kayangan tidak mematuhi peraturan operasi standar (SOP) sering kali dilihat di media sosial, terutamanya ketika hari raya ini.  Kebanyakkan netizen tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh selebriti dan mengecam mereka kerana didakwa telah merentas negeri untuk beraya bersama keluarga.

Oleh kerana isu tersebut sedang ‘hangat’ dibicarakan di media sosial, pengarah Michael Ang juga turut menyuarakan pendapatnya mengenai isu ini.

Advertisement

Menerusi sebuah hantaran pengarah tersebut di Instagram nya, dia berkata,

Terimalah hakikat wahai rakyat Malaysia, tak payah lah nak menyumpah dan maki orang-orang yang dapat balik kampung beraya atau beraya yak yak yeh di IG!

Terimalah hakikat yang kau orang tak ada kable fibre optic, kabel kau orang masih cooper! Tapi seriously, bukan ARTIS atau orang kayangan je yang boleh rentas negeri. Banyak orang biasa pun buat benda sama!

Secara umumnya, Michael mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab mementingkan diri sendiri pulang ke kampung untuk beraya kerana jelas perkara tersebut jelas melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Walau bagaimanapun, Michael tidak bersetuju jika netizen hanya menuding jari sepenuhnya kepada selebriti dan golongan kayangan, kerana baginya rakyat biasa juga ada yang tidak mematuhi SOP namun ia tidak tertangkap oleh lensa kamera.

Rata-rata di ruangan komen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh pengarah tersebut dan menyokong Michael.

The post ‘Rakyat Biasa Pun Rentas Negeri..’ – Michael Ang Tak Setuju Selebriti Dan Golongan Kayangan Disalahkan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments