#Hiburan: Digelar Perempuan S*ndal Dan Minah Rempit Gara Kes Curang, Wafariena Nak Saman Individu Sebar Fitnah

Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang individu tampil memberi kenyataan bahawa dia ditinggalkan setelah 11 tahun bercinta dengan pelakon Syazuwan Hassan kerana menjalin cinta baru bersama aktres Wafariena.

Wanita yang digelar sebagai Adora itu berkata bahawa Wafariena telah menjadi punca hubungannya bersama Syazuwan putus di tengah jalan dan turut menggelarnya dengan pelbagai gelaran kurang enak, mungkin kerana terlalu kecewa diperlakukan sedemikian rupa.

Advertisement

Tampil mempertahankan diri, Wafariena yang namanya mula dikenali setelah membintangi drama 7 Hari Mencintaiku ini berkata dia akan membuat tindakan undang-undang jika individu tersebut tidakberhenti daripada memburuk-burukkan namanya di media sosial.

Kata Wafariena lagi, dia juga terkilan apabila pelbagai kata-kata kesat dilemparkan terhadapnya seperi perempuan sundal dan minah rempit.

Advertisement

“Saya sangat terkilan apabila dia mula menggelar saya sundal sedangkan kami tidak mengenali antara satu sama lainpun. Saya tidak marah dia nak tuduh saya perampas sebab saya tidak buat pun perkara itu tapi saya sedih apabila digelar sedemikian rupa.”

Meskipun dia tidak marah dengan tindakan wanita itu, namun Wafariena juga berharap agar Adora berhenti daripada menjaja dan memburukkan namanya dalam media sosial.

“Walaupun saya tak marah, lebih baik dia berhenti daripada menuduh saya. Jangan nanti sampai pula surat saman malu kepadanya..” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai tuduhan yang diterimanya, pelakon yang terkenal dengan watak Nurul Ain itu memberitahu bahawa dia Syazuwan hanyalah teman biasa.

Hanya berkasih sayang dalam drama semata-mata, Wafariena berkata bahawa dia tidak terlibat langsung dalam masalah hubungan mereka berdua.

adora SyazuwanSumber : Google  

Terdahulu, Wafariena pernah bergandingan bersama Syazuwan dalam sebuah drama berjudul Baby Tak Gila yang disiarkan di saluran Unifi TV sekitar Mac lalu.

The post Digelar Perempuan S*ndal Dan Minah Rempit Gara Kes Curang, Wafariena Nak Saman Individu Sebar Fitnah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments