#Hiburan: Berang Dituduh Menipu, Influencer Vietnam Tunjuk Bukti Mesej ‘Isteri Tak Suka’

Baru-baru ini, seorang influencer terkenal kacukan Jerman-Vietnam, Jade Anh, membuka kisah mengenai penerbangannya ke Malaysia untuk penggambaran muzik video. Namun, kemunculannya di dalam video tersebut terpaksa disunting di atas dakwaan isteri penyanyi utama berasa cemburu.

BACA: ‘Dah Terbang Ke Malaysia Tapi Dipotong Dari Muzik Video Sebab Isteri Vokalis Cemburu’ – Influencer Vietnam

Advertisement

Berikutan dakwaan tersebut, penyanyi, Akim Ahmad telah tampil memberi penjelasan memandangkan namanya dan isteri, Stacy, telah dipetik oleh netizen.

BACA: Akim Ahmad Balas Dakwaan Influencer Vietnam, Perjelas Sebab Sebenar Ubah Konsep Muzik Video ‘Rampas’

Tidak hanya mendiamkan diri, Jade Anh menerusi Twitter memuat naik keratan mesej yang dikatakan daripada person in charge kepada muzik video tersebut. Katanya lagi, punca cemburu tidak ditulis di dalam mesej memandangkan mereka bercakap menerusi telefon.

jade anh

Menurutnya, tweet yang ditulis sebelum ini bertujuan untuk menceritakan pengalamannya yang lalu. Namun, seseorang telah menjadikannya besar dan cuba menuduh dia sebagai penipu. Dia langsung tiada niat untuk memperbesarkan hal yang lepas, oleh itu dia meminta maaf.

The post Berang Dituduh Menipu, Influencer Vietnam Tunjuk Bukti Mesej ‘Isteri Tak Suka’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments