#Hiburan: “Masing-Masing Tahu Jaga Batasan Sendiri” – Harris Alif Tak Letak Syarat Buat Intan Ladyana Untuk Berlakon

Kredit gambar: Fillea Studio

Setelah sekian lama menjalinkan hubungan cinta, pelakon Intan Ladyana dan Harris Alif sudah pun bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan kecil yang berlangsung kelmarin.

Advertisement

BACA: (FOTO) Intan Ladyana Sah Bergelar Isteri Kepada Harris Alif Dengan Sekali Lafaz. Berseri-Seri!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Advertisement

Meskipun sudah menukar status kepada isteri, tetapi Harris menegaskan bahawa dia tidak menghalang malah memahami kerjaya wanita itu sebagai seorang pelakon.

“Sebelum saya kenal Intan, dia memang dah berlakon… jadi, saya dah faham dia punya tugas dan kerja. Dah nama pun
berlakon, tak ada sampai nak beriya sangat.”

Tidak meletakkan syarat, mereka berdua sedar mengenai batasan yang perlu dijaga apabila sudah menjadi suami isteri kini.

“Masing-masing dah tahu dan kena tahu menjaga batasan sendiri. Jadi, tak ada masalah antara kami dalam soal kerjaya
lakonan.”

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by PHOTOGRAPHY & VIDEOGRAPHY (@fillea_studio)

Dalam pada itu, pasangan ini menjelaskan bahawa mereka mengalami sedikit kesukaran untuk persiapan majlis perkahwinan dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan.

Kata mereka, tiga buah majlis persandingan yang ditangguhkan dahulu akan cuba dilaksanakan selepas keadaan kembali reda.

The post “Masing-Masing Tahu Jaga Batasan Sendiri” – Harris Alif Tak Letak Syarat Buat Intan Ladyana Untuk Berlakon first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments