Baru-baru ini, seorang influencer Vietnam telah membuka cerita mengatakan bahawa dia dipotong daripada muzik video sebuah band tempatan kononnya dengan alasan isteri vokalis berasa cemburu.
Terbaru, Akim Ahmad telah tampil membuat penjelasan mengenai isu tersebut yang mula tular di serata media sosial memandangkan namanya dan isteri, Stacy dipetik oleh netizen.
Jelas penyanyi lelaki itu, lagu ‘Rampas’ didekasikan khas untuk arwah ibunya. Maka dia tidak mahu muzik video yang memaparkan babak sensitif mahupun keterlaluan. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk menukar semua konsepnya supaya boleh ditonton semua.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu mengecewakan ahli keluarganya sekiranya dia bertegas untuk mengeluarkan muzik video yang agak tidak sensitif kandungan dan plotnya.
Malah kebanyakan netizen juga mempersoalkan sebab influencer itu perlu mengungkit semula kisah lama walhal dia juga telah pun menerima bayaran untuk kemunculannya tersebut.
Akim juga dilihat membalas ciapan asal influencer Vietnam itu.
Dengan penjelasan Akim ini, maka jelaslah bahawa muzik video ‘Rampas’ diubah inti patinya kerana kehendak dia sendiri dan bukannya kerana faktor lain.
The post Akim Ahmad Balas Dakwaan Influencer Vietnam, Perjelas Sebab Sebenar Ubah Konsep Muzik Video ‘Rampas’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments