“Peperangan” antara artis dan netizen nampaknya belum berakhir lagi dan semakin hangat.
Terbaru, penyanyi Adibah Noor menyelar tindakan seorang individu di laman Twitter yang memperlekehkan taraf artis tempatan yang dikatakan tidak berkualiti dan tiada maruah.
Terkilan dengan kenyataan biadab itu, Adibah berkata sekiranya netizen itu berfikiran sedemikian, maka dia tidak perlu berurusan dengan mana-mana artis lagi selepas ini, terutama sekali apabila ingin meminta bantuan atau derma.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta supaya Adibah bersabar dan tidak melayan kenyataan negatif tersebut.
Kata mereka, tidak dinafikan sekarang ini ada pihak yang membenci artis, tetapi ramai yang menyayangi Adibah.
Mungkin ramai yang geram dengan tindakan beberapa artis sebelum ini yang mencetuskan pelbagai kontroversi selain dakwaan menghina netizen dengan kata-kata kesat. Namun, tidak boleh lah terus menghukum dan menyamakan artis lain dengan mereka.
Tidak perlu lagi “berperang” dengan artis dan jangan terlalu ambil pusing dengan kata-kata mereka.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments