Desas-desus pergolakan rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri kembali hangat diperkatakan minggu lalu selepas tersebarnya surat tuntutan cerai yang difailkan oleh isterinya, Datin Seri Nur Shahida, malah jutawan kosmetik itu juga turut memuat naik beberapa status sedih.
Berikutan apa yang berlaku, ada pihak yang seolah menyalahkan Aliff tidak menghargai seorang isteri yang selama ini sudah begitu baik dan banyak berkorban untuknya. Mengulas mengenai hal itu, Aliff menafikan dia sudah melafazkan cerai terhadap isterinya. Dia berharap agar tiada pihak menabur fitnah berkenaan perkara tersebut.
Tolong jangan menabur fitnah. Saya tidak pernah berbuat demikian (lafaz cerai). Namun, saya akan ikut segala peraturan yang sudah termaktub seperti apa yang difailkan.
Pada masa yang sama, ada yang memuji dirinya semakin matang menghadapi netizen. Jelas Aliff, dia sudah lali dengan hinaan netizen dan enggan berperangai gila-gila lagi.
Bukan semakin matang tapi sampai satu tahap saya dah lali dengan hinaan masyarakat. Saya nak bahagia saja dan tidak mahu berperangai gila-gila lagi.
Difahamkan, kes perbicaraan pasangan tersebut bakal disambung semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah gagal menemui penyelesaian.
Mereka juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments