Dikala segelintir artis merasa sedih pendapatan mereka terjejas kerana krisis COVID-19 dan meminta bantuan khas kerajaan, pelawak Man Raja Lawak pula tampil mendermakan sebahagian wang kemenangannya sebanyak RM50,000.
Bagaimanapun, Man baru-baru ini meminta orang ramai tidak terlalu memuji perbuatannya itu kerana bimbang ia dilihat mulia di mata manusia tapi sia-sia di sisi Allah SWT.
Namun, tidak semua pihak yang faham niat murninya. Baru-baru ini, pelawak Ali Puteh telah menegur Man agar lebih baik untuk membuat amal kebajikan dalam senyap dan tidak perlu dihebahkan.
Teguran Ali itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen sehingga tercetusnya pergaduhan di antara Ali dan peminat Man di ruangan komen.
Seperi yang dijangka, Ali nampaknya tidak berdiam diri dan tampil mempertahankan dirinya. Dia membalas kecaman netizen dengan nada tidak berpuas hati serta agak kasar dan sekaligus membuatkan dia terus dihentam teruk.
Mungkin selepas ini Ali boleh membalas komen dengan cara yang lebih berhemah dan jangan mudah melatah. Tidak perlu bertindak agresif dan terus berbalah kerana ia hanya satu perkara yang sia-sia sahaja. Kenalah jaga imej sebagai seorang artis.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments