CELCOM SEKAT INTERNET UNLIMITED?


Sejak 21 May 2014, pengguna simkad Prepaid Celcom telah mengalami satu gangguan server internet. Malah pada 22 May 2014 adalah hari yang lebih teruk di mana pengguna internet Celcom telah gagal untuk membuat pembelian data internet.

Ada yang GAGAL untuk menghantar SMS belian data internet. Yang lebih teruk, ada yang dikatakan BERJAYA. Tetapi, bila semakan dibuat, Celcom telah menghantar SMS mengatakan pengguna tidak melanggan apa-apa data internet. Lebih malang lagi, nilai kredit TELAH DITOLAK. Kes berat nih.

SEBAB APA FENOMENA INI BERLAKU??

Saya telah mendapat info secara TIDAK RASMI menyatakan bahawa Celcom sedang meng’UPGRADE’ sistem dan server internet mereka. Nak upgrade apa lagi?? Kan dah 4G??
Memang betul. Setahu saya, khidmat internet tergendala suatu ketika dahulu adalah sebab proses nak upgrade ke 4G.

TETAPI, apa yang menyebabkan sistem sekali lagi tergendala adalah kerana CELCOM NAK BLOCK UNLIMITED INTERNET.

Bila saya kaji, sekarang ni simkad Celcom XMan sedang hangat dijual dan mendapat permintaan tinggi!!! Syabas kepada semua seller dan reseller simkad tersebut. Namun, seperti yang saya selalu sebut. Perkara ini akan ada repeatation atau ulangan. Simkad yang UNLIMITED pasti kena BLOCK. Bezanya lambat atau cepat. Dan untuk simkad Celcom XMan, kemungkinan besar inilah masanya ia akan diBLOCK.
Sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat dipastikan. InsyaAllah saya akan kongsikan sekiranya saya ada berjumpa dengan ‘orang’ tertentu yang terpaksa dirahsiakan identiti beliau.

Berdoalah agar berita awal yang diterima ini tidak tepat. Tetapi, jika benar jangan pula anda SALAHKAN seller atau reseller. Kemungkinan mereka jua teraniaya. Sama-sama nak UNLIMITED. Sesuatu yang dicipta secara tidak sah pasti akan disekat oleh pihak berkenaan.

Sumber : http://izwanisaac.com/wp/it-gadget/server-celcom-tergendala-usaha-sekat-unlimited-internet/#more-731

Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)