#Hiburan: “B*doh Punya Sistem” – Beli Tiket ‘Online’ Masih Kena Beratur, ‘Parents’ Bengang Dengan Sistem Masuk Taman Tema

Tibanya musim cuti sekolah ataupun cuti hujung minggu yang panjang, pastinya pasangan yang mempunyai anak-anak akan membawa mereka untuk bercuti dan meluangkan masa bersama-sama.

Dan sudah diduga, lokasi atau pusat peranginan akan penuh sesak dengan kehadiran pengunjung sekaligus akan wujud perkara-perkara yang tidak diigini seperti waktu menunggu yang terlalu lama, tambahan di fasa endemik COVID-19 ini.

Advertisement

Seperti yang dialami seorang individu ini yang mengeluh kerana terpaksa berhadapan dengan insiden mengecewakan iaitu dia dan keluarga terpaksa beratur panjang meskipun sudah membeli tiket secara dalam talian.

Facebook

Katanya, kenapa perlu beratur di kaunter meskipun sudah membelinya ‘online’.

Cerita individu itu lagi, dia dikehendaki untuk beratur selama hampir dua jam bagi tujuan ‘redeem’ tiket pusat rekreasi yang terkenal di Selangor itu.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan luahan hati individu dan berkongsi pengalaman yang sama.

Sama pernah kena dulu, dia punya beratur sama macam KLCC kalau tinggikan barisan tu. – netizen

Dalam pada itu, netizen beranggapan sistem pembelian tiket secara dalam talian sudah mencukupi dan tidak perlu lagi cara konvesional kecuali untuk kes-kes berkecuali.

FacebookSumber : Facebook  

Ujar netizen, insiden tersebut membuatkan pengunjung membazir masa dan tenaga kerana kebanyakan mereka ingi menghabiskan cuti dengan aktiviti-aktiviti sebaiknya, bukan dengan beratur panjang sehingga berjam-jam lamanya.

myvi
2 jam lalu

(VIDEO) - Mengaku Imam Mahdi, Pemandu Myvi Tengah ‘High’ Jadi Punca Kemalangan 5 Kenderaan

The post “B*doh Punya Sistem” – Beli Tiket ‘Online’ Masih Kena Beratur, ‘Parents’ Bengang Dengan Sistem Masuk Taman Tema first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments