Tuesday, 28 January 2014

10 Apps Wajib Untuk Usahawan Online

Mobile-Apps_115239742
Perubahan teknologi dalam masa 10 tahun kebelakangan ini telah banyak mempengaruhi kehidupan kita. Begitu juga dengan dunia perniagaan internet, banyak yang sudah berubah.
Jika dulu, perniagaan internet hanya boleh dilakukan dengan menggunakan komputer sama ada di pejabat, rumah atau cyber cafe. Tetapi kini, dengan kemunculan telefon pintar dan juga rangkaian 4G, perniagaan internet sudah boleh dijalankan dari mana-mana sahaja dengan hanya menggunakan sebuah telefon pintar.
Jesteru itu, kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda tentang 10 Aplikasi mobile yang dapat membantu seseorang usahawan  internet, menguruskan perniagaan mereka dengan lebih berkesan dan mantap, walaupun dimana sahaja mereka berada.

1. Gmail

gmail apps
Ini adalah aplikasi yang wajib ada pada setiap telefon milik usahawan internet. Email adalah merupakan komunikasi utama di dalam menguruskan perniagaan. Manakala, perkhidmatan email yang sering menjadi pilihan utama usahawan online pula, ialah Gmail.
Aplikasi ini perlu ada di dalam telefon untuk memudahkan usahawan menyemak notifikasi jualan produk, ataupun email pertanyaan dari pelanggan.

2. M2U

m2u
Memandangkan maybank2u masih menjadi pilihan utama sebagai saluran bayaran bagi para pembeli di Malaysia, maka, usahawan internet perlulah memiliki applikasi in untuk memudahkan mereka menyemak transaksi bayaran yang dibuat oleh pelanggan.

3. Facebook Page Manager

facebook
Fanpage adalah merupakan salah satu tools yang sering digunakan oleh usahawan online untuk membuat pemasaran di facebook bagi produk & perniagaan mereka.
Aplikasi fanpage manager ini penting untuk membolehkan usahawan membalas mesej-mesej PM dari pelanggan menerusi fanpage dengan mudah dan segera. Untuk makluman, anda tidak boleh membalas mesej PM di fanpage menggunakan aplikasi facebook.

4. Google Analytics

Google Analytics
Aplikasi ini pula sangat membantu untuk usahawan online melihat perkembangan website mereka dari semasa ke semasa dengan mudah dan pantas. Menerusi aplikasi ini, usahawan boleh memantau trafik, kadar conversion rate, dan  pelbagai lagi info yang disediakan oleh google analytics. Syaratnya, anda perlulah letakkan kod tracking google analytics di website anda terlebih dahulu.

5. WhatsApp

whatsapp
Sejak kemunculan applikasi whatsApp, kadar penghantaran sms semakin berkurangan. Saya sendiri menerima lebih banyak mesej di whatsapp berbanding SMS.
Menggunakan whatsapp, usahawan online boleh meminta pihak pembeli mengambil gambar resit bayaran dan menghantarkan gambar tersebut menerusi whatsapp sebagai bukti bayaran.
Selain itu, menerusi whatsapp, ianya memudahkan pelanggan untuk membuat aduan kepada penjual jika mereka menghadapi sebarang masalah dengan produk yang dibeli, seperti file ebook tidak boleh dibuka, produk yang sampai rosak dan sebagainya. Pelanggan hanya perlu ambil gambar atau video produk yang bermasalah tersebut dan hantarkan ia  kepada penjual menerusi whatsapp supaya penjual dapat melihat gambaran yang lebih jelas tentang masalah yang dihadapi oleh pembeli.

6. Evernote

evernote
Sebagai usahawan, pastinya anda seringkali mendapat idea-idea yang hebat secara tiba-tiba.. Nah! Evernote memudahkan anda untuk mencatatkan segala idea yang terlintas di fikiran anda.
Selain membuat catatan nota, evernote juga mampu menyimpan gambar, keratan artikel atau sebarang bahan yang anda temui di internet sebagai bahan rujukan anda di kemudian hari. Pendek kata, dengan evernote, ianya memudahkan anda membina “bank data” atau “bank idea” anda dengan lebih mudah, bagi rujukan di masa hadapan.

7. Dropbox

dropbox
Sejak menggunakan dropbox, saya sudah tidak lagi menggunakan thumbdrive. Dropbox adalah merupakan  sebuah aplikasi “penyimpanan data di awan” (cloud storage). Ia bermaksud, anda boleh mengakses fail-fail anda dari mana-mana sahaja anda berada menggunakan pelbagai peralatan, sama ada menerusi telefon pintar, tablet, komputer, website  dan sebagainya.
Syaratnya, peralatan tersebut perlulah mempunyai akses internet. Asalkan ada internet, anda boleh akses semua fail yang anda letakkan di dalam folder dropbox anda.
Selain itu, anda juga boleh berkongsikan fail-fail di dalam folder dropbox anda kepada rakan-rakan, ahli kumpulan, pekerja ataupun pelanggan anda.

8. MSM : SMS Auto Reply

msm
Untuk usahawan yang seringkali menggunakan SMS bagi menguruskan tempahan. Aplikasi MSM ini pastinya akan dapat membantu anda mengautomasikan urusan perniagaan anda.
Dengan aplikasi MSM ini, anda boleh tetapkan beberapa keyword, dan aplikasi tersebut akan membalas setiap mesej berdasarkan keyword yang anda tetapkan secara automatik.
Contohnya, anda boleh meminta bakal pelanggan anda menghantarkan sms dengan mesej “ORDER XXX” ke handphone anda bagi membuat tempahan produk . Dengan aplikasi MSM ini, anda boleh tetapkan mesej balas yang “standard”, dan mesej balasan tersebut akan dihantar secara automatik kepada bakal pelanggan anda itu tadi berdasarkan keyword yang mereka hantarkan.

9. Any.do

anydo
Ini pula adalah aplikasi yang akan membantu anda merancang “To Do List” harian anda. Ianya sangat bagus untuk memantau serta mengingatkan anda tentang tugas-tugas yang perlu anda lakukan agar terus kekal produktif setiap hari.
Ianya ringkas, cantik dan mudah digunakan.

10. Instagram

instagram
Instagram adalah merupakan antara aplikasi yang sedang meningkat naik dengan pantas. Dari perspektif usahawan, instagram kelihatan mampu memberikan potensi serta peluang yang besar sebagai satu lagi platform pemasaran bagi perniagaan.
Jika anda masih belum mempunyai akaun instagram, install segera aplikasi ini dan mulalah bina follower bagi perniagaan anda menerusi instagram. Anda boleh baca 4 tips bagaimana menggunakan instagram untuk memasarkan perniagaan anda disini.

Itulah 10 aplikasi telefon pintar yang kami rasakan dapat membantu anda sebagai seorang usahawan internet menguruskan serta menjalankan perniagaan anda dengan lebih berkesan dan mantap.
Anda rasa, anda ada aplikasi lain yang ingin dicadangkan? Jangan lupa nyatakan ia di ruangan komen…  :)


Read more: http://www.wangcyber.com/10-apps-wajib-untuk-usahawan-online/#ixzz2rlKYCUZr

No comments:

Post a Comment

APPLICATION ONEXOX

JOM DOWNLOAD APPLICATION ONEXOX DI TELEFON BIMBIT ANDA! APPLICATION INI PENTING BAGI MEMUDAHKAN ANDA UNTUK TRANSFER KREDIT DA KE MA ,...