Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa pihaknya akan meneliti kes melibatkan seorang guru yang dipercayai merempuh dua pelajar di dalam kawasan sekolah sebelum sebarang keputusan pendakwaan dibuat.
Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar berkata, setakat ini Polis Diraja Malaysia masih belum menyerahkan kertas siasatan kepada pihaknya.

“Perkara ini akan diteliti secara saksama dan adil selepas siasatan lengkap diperoleh dari PDRM.”
“Setakat ini kita belum putuskan guru berkenaan akan didakwa mengikut seksyen yang mana sebaliknya menunggu kertas siasatan daripada PDRM terlebih dahulu.”
“Kita akan buat keputusan sebaik siasatan selesai sepenuhnya. Saya percaya siasatan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mangsa meninggal dunia, namun keputusan akhir untuk tuduh belum dipastikan mengikut seksyen mana,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat memaklumkan bahawa guru berusia 57 tahun itu dijangka akan didakwa dalam masa terdekat.
Ustazah Tertekan Minyak Kereta Hingga Ragut Nyawa Pelajar Berdepan Penjara 10 Tahun
Menurut beliau, individu terbabit kini telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu perkembangan lanjut siasatan. – Harian Metro
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Ustazah Dibebaskan Dengan Jaminan Polis, Peguam Negara Maklum Akan Teliti Kes Sebelum Pendakwaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments