Model dan pempengaruh, Nadira Isaac, mendedahkan bahawa dirinya kini telah kembali kepada bentuk tubuh semula jadi selepas menjalani rawatan membuang filler di sebuah hospital.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nadira turut berkongsi nasihat penting daripada doktor yang mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu mudah memasukkan bahan asing ke dalam tubuh hanya kerana mengikut trend semasa.
“Alhamdulillah, saya kembali kepada bentuk semula jadi saya. Doktor nasihat jangan semudah itu meletakkan filler di bahagian punggung atau dada.”
“Ia mungkin nampak okay pada awalnya, namun kesan sampingannya akan menyusul. Lindungi kesihatan diri awak. Jangan terlalu ikutkan trend semasa,” tulisnya.
Menurut Nadira, keputusan untuk membuang filler dibuat demi menjaga kesejahteraan diri dalam jangka masa panjang. Dalam masa sama, ia turut membuka kesedaran baharu tentang pentingnya menerima diri seadanya tanpa perlu bergantung kepada perubahan luaran.
“Jadi pada tahun 2026 ini, saya membuat keputusan untuk membuang segalanya dan saya memilih bentuk asal saya 100 peratus. Saya pilih untuk kembali pada apa yang sepatutnya jadi kepunyaan saya. Tubuh badan, muka serta jiwa semula jadi,” ujarnya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen memuji keberaniannya membuat keputusan berkenaan, selain turut mendoakan agar dia terus diberikan kesihatan yang baik dan pulih sepenuhnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Model Nadira Isaac Ambil Keputusan Buang ‘Filler’ Di Punggung Dan Buah Dada – “Alhamdulillah Kembali Bentuk Asal..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments