Penceramah bebas, PU Rahmat Ikhsan tampil membidas segelintir netizen yang mengkritik wanita menyertai misi Global Sumud Flotilla, khususnya melibatkan pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana.
Menerusi satu hantaran di Threads, beliau menegaskan bahawa keputusan seseorang suami terhadap isterinya adalah hak masing-masing, namun tidak wajar untuk menghalang individu lain yang ingin melakukan kebaikan.

“Korang tak nak benarkan isteri korang join sumud tu hak korang. Korang nak simpan bini dalam rumah dan layan netflix sampai 100 episode pun silakan.”
“Cuma jangan halang @nadzmiadhwa benarkan Ardell berjuang. Jangan halang potensi wanita menjadi hebat disisi Allah. Aku kalau ada bini nanti .. aku suh dia kawan dengan Ardell. Idok laaa aku bagi kawan dengan bini kau..”
Dalam masa sama, beliau turut menyentuh soal sensitiviti kenyataannya dan menyatakan bahawa teguran yang terasa itu menunjukkan hati masih mempunyai rasa.
“Kasar ke ayat aku ? alhamdulillah kalau terasa .. itu tanda hati masih hidup sebab kalau dah hilang rasa lagi bahaya.”
PU Rahmat juga menjawab isu berkaitan aurat dan pergaulan (ikhtilat) yang dipersoalkan oleh netizen, dengan mempertahankan cara Ardell Aryana menjaga dirinya sepanjang misi tersebut.

“Hal aurat .. ikhtilat .. Kau pernah tengok ke aurat Ardell? Ardell ni hampir 24 jam pakai tudung atas kapal. Ardell ni asal kapal aku selisih dengan dia .. mesti duduk bucu kapal sebab dia jaga maruah dirinya.”
“Sibuk maruah bini kau dah laaaaa .. jangan ingat Ardell sama macam bini kau yang pi buang sampah depan rumah tak pakai tudung.”
Perkongsian tersebut sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, dengan ada yang menyokong pendiriannya dalam mempertahankan wanita yang terlibat dalam misi kemanusiaan, manakala sebahagian lain berpendapat isu tersebut perlu dilihat dengan lebih berhati-hati.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Netizen Kritik Ardell Aryana Sertai Sumud 2.0, Pu Rahmat Tampil ‘Backup’ – “Korang Nak Simpan Bini Kat Rumah, Silakan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments