Media sosial kecoh apabila seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu Grab separuh masa mendakwa seorang pempengaruh dari Singapura, Sarah Yasmine tidak membuat bayaran seperti sepatutnya.
Dakwaan itu mencetuskan perbalahan kecil di ruangan komen antara kedua-dua pihak, sebelum situasi berakhir apabila Sarah akhirnya menyelesaikan pembayaran tersebut.
Namun, isu berkenaan tidak terhenti di situ apabila seorang individu lain tampil berkongsi pengalaman peribadinya menerusi platform Threads.
Menurut wanita tersebut, dia juga pernah berdepan situasi kurang menyenangkan dengan pempengaruh sama kira-kira dua tahun lalu ketika bekerja di sebuah pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan sambungan bulu mata.

Wanita itu mendakwa, selepas selesai mendapatkan perkhidmatan, Sarah ada bertanyakan mengenai seterika baju. Atas dasar ingin membantu, dia telah meminjamkan dua buah seterika kepada pempengaruh berkenaan.
Bagaimanapun, hanya satu seterika dipulangkan selepas itu.
Apabila dia cuba bertanyakan mengenai baki seterika yang belum dikembalikan, wanita tersebut mendakwa akaunnya terus disekat oleh individu berkenaan.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang mempersoalkan sikap tidak memulangkan barang dipinjam, manakala sebahagian lagi menyifatkan tindakan tersebut sebagai cubaan meraih perhatian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Lepas ‘Kantoi’ Isu Tak Bayar E-Hailing, Wanita Dakwa Sarah Yasmine Tak Pulangkan Seterika Pula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments