#Hiburan: Qada Solat Yang Sengaja Ditinggalkan, Peminat Tegur Zahirah MacWilson – “Tak Boleh Ya, Haram”

Perkongsian vlog pendek memaparkan rutin harian pelakon Zahirah MacWilson sekali lagi mencuri perhatian warganet, khususnya berkaitan amalan solat fardhu yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan rasa kagum terhadap gaya hidup pelakon berusia 31 tahun itu yang dilihat seimbang antara urusan dunia dan akhirat.

Advertisement

Dalam kebanyakan perkongsian rutinnya, Zahirah dilihat tetap menjaga solat fardhu meskipun jadual hariannya padat dengan pelbagai komitmen.

Namun begitu, satu momen yang menunjukkan beliau mengqada solat Zohor akibat kekangan kerja turut menjadi perhatian ramai. Perkara itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rata-rata warganet tampil memberikan peringatan agar solat fardhu tidak ditinggalkan dengan sengaja kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan dalam agama.

komen

Perkongsian tersebut sekali lagi membuka ruang perbincangan tentang kepentingan menjaga kewajipan harian walaupun dalam kesibukan rutin seharian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azar Azmi
2026-04-09 10:44:49

Azar Azmi Akhirnya Buka Mulut Mengenai Penahanan Polis Tempoh Hari - "Silap Saya Terlalu Percaya Orang"

The post Qada Solat Yang Sengaja Ditinggalkan, Peminat Tegur Zahirah MacWilson – “Tak Boleh Ya, Haram” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments