Baru-baru ini, tular satu rakaman video memaparkan seorang pemandu lori meluahkan rasa tidak puas hati selepas tidak dibenarkan mengisi diesel di sebuah stesen minyak atas alasan kekurangan bekalan.
Susulan kejadian itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang telah mengambil tindakan segera terhadap sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati stok diesel sebenarnya masih tersedia di stesen berkenaan. Bagaimanapun, pihak pengurusan didakwa mengutamakan penjualan kepada pelanggan tetap selepas bekalan diesel B10 berkurangan kira-kira 50 peratus sejak Isnin lalu.
“Hasil pemeriksaan mendapati stok diesel masih ada di stesen tersebut. Jualan selain daripada pelanggan tetap, dihadkan pembelian hanya sebanyak 20 liter sahaja,” menurut kenyataan itu.
Berikutan keengganan menjual bahan api tersebut kepada pelanggan lain, tindakan telah diambil terhadap pengurusan stesen di bawah Seksyen 16A(1)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961 berkaitan kesalahan enggan menjual barang kawalan.
Dalam masa sama, KPDN turut menggesa orang ramai agar terus memainkan peranan sebagai mata dan telinga dengan menyalurkan sebarang maklumat atau aduan melalui saluran rasmi kementerian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Stesen Minyak Didakwa Enggan Jual Diesel, KPDN Ambil Tindakan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments