Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan beberapa akaun bank Padini Holdings Bhd (Padini) dan anak syarikatnya, berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan. Bekuannya akaun ini dibuat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001, seperti memetik Harian Metro.

Padini dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia menyatakan bahawa akaun yang dibekukan tidak digunakan secara aktif untuk operasi harian kumpulan tersebut. Walau bagaimanapun, kumpulan itu masih mempunyai akses kepada kemudahan perbankan lain untuk menyokong operasi perniagaan mereka.

Padini juga menambah bahawa, berdasarkan maklumat semasa, pembekuan akaun-akaun tersebut dijangka tidak memberi impak kewangan dan operasi yang material kepada kumpulan. Syarikat itu menyatakan mereka sedang bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa dan mengambil langkah yang perlu untuk menyokong siasatan yang sedang dijalankan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post SPRM Bekukan Akaun Bank Padini Holdings Bhd, Dakwa Terlibat Kes Berkaitan Penggubahan Wang Haram first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments