Tiga delegasi Malaysia iaitu Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Afiqah Helmi dan Nurul Hidayah Mohd Amin dilaporkan selamat kembali ke tanah air selepas berdepan situasi mencabar dalam operasi terdahulu.
Perkara itu dimaklumkan oleh pihak Sumud Nusantara Command Center (SNCC), yang menyatakan berlaku penyesuaian tugasan melibatkan ketiga-tiga delegasi tersebut susulan beberapa kapal mengalami kerosakan teruk sepanjang operasi dijalankan.
Menurut SNCC, kesemua mereka kini akan meneruskan tugasan rasmi di Pangkalan SNCC yang terletak di Sepang.
“Kesemua mereka dilaporkan selamat tiba di tanah air dan kini akan meneruskan tugasan rasmi di Pangkalan SNCC Sepang.”
Dalam masa sama, SNCC turut memaklumkan bahawa pusat berkenaan kini memainkan peranan lebih besar sebagai Pangkalan Operasi Serantau, yang menyelaras gerak kerja strategik melibatkan tujuh negara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Heliza Helmi, Hazwani & Ardell Selamat Tiba Di Malaysia, Sambung Tugasan Di SNCC Sepang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments