Satu perkongsian di Threads mencetuskan perbualan hangat apabila seorang wanita meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui prosedur pemeriksaan jantung (ECG) memerlukan pesakit membuka bahagian pakaian tertentu.

“Tak tau pun check jantung kena bukak bra.
Nasib la nurse perempuan kalau nurse lelaki memang aku lari tak nak buat,” tulisnya.
Hantaran tersebut dengan pantas menarik perhatian ramai, malah ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi termasuk pengalaman peribadi netizen yang pernah menjalani ujian sama.
Ramai berkongsi bahawa prosedur ECG sememangnya memerlukan sentuhan pada bahagian dada bagi pemasangan elektrod, namun kebiasaannya dilakukan oleh jururawat wanita bagi pesakit perempuan.

Dalam masa sama, ada juga netizen memaklumkan terdapat situasi tertentu di mana jururawat atau doktor lelaki menjalankan prosedur tersebut, terutama jika kekurangan staf wanita.
Perkongsian tersebut turut menjadi lebih menarik apabila wanita hamil turut berkongsi pengalaman mereka, ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang janggal, namun ada juga yang melihatnya sebagai perkara biasa dalam rawatan perubatan.
Walaupun topik tersebut bermula dengan nada santai dan kelakar, ramai netizen akhirnya mendapat pendedahan baharu mengenai prosedur sebenar ECG, sekali gus mengurangkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Tergamam Aku” – Wanita Kongsi Pengalaman ‘Check’ ECG, Terkejut Perlu Buka Pakaian Dalam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Nasib la nurse perempuan kalau nurse lelaki memang aku lari tak nak buat,” tulisnya.

0 Comments