#Hiburan: “Caprice Jangan Memandai Timbulkan Fitnah Kononnya Saya Membela LGBT” – Mujahid Rawa

Satu amaran dan teguran telah dikeluarkan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf Rawa kepada Caprice apabila dia mendakwa penyanyi itu telah menyebarkan fitnah kononnya beliau mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Sebelum ini, Mujahid ada memberikan jawapan di Parlimen semasa penggulungan perbahasan titah diraja mengenai isu ini.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

..bahawa isunya ialah walaupun mereka kita tidak sokong, kita tidak iktiraf, tapi hak sebagai warganegara tidak disakiti, tidak dianiayai. Itulah tanggungjawab mana-mana kerajaan.

Tambahan pula, satu perhimpunan yang didakwa mempunyai kaitan dengan LGBTQ telah diadakan di ibu kota Kuala Lumpur dan ramai yang menghentam dan meminta kerajaan bersikap lebih tegas dalam menangani hal seperti itu daripada terus menular dalam masyarakat.

Dan kemudian penyanyi rap Caprice ada memuat naik video TikTok yang memaparkan perhimpunan tersebut dan memberi fokus kepada Mujahid yang seakan-akan menyokong kewujudan kaum itu di Malaysia.

Sepatutnya bersyukur ada pemimpin kita dulu dan sekarang sentiasa cuba bantu diorang. Tak patut protest.

Video itu kemudiannya mendapat perhatian Mujahid dan meminta agar Caprice memadam video tersebut di atas penyebaran fitnah yang dibuat sebelum tindakan susulan dibuat.

Sementara itu, Caprice membalas kenyataan Mujahid dan menafikan bahawa dia memfitnah figura politik tersebut.

“Celah mana kita fitnah. Memang tuan badan sendiri buat kenyataan, tuan badan sendiri yang berdiri sebelah transgenda dan tuan badan sendiri bersalam dengan transgenda” tulisnya di video penafian tersebut.

Eina Azman
6 jam lalu

"Sedih, Tapi Kehidupan Mesti Diteruskan.." - Datin Paduka Eina Azman Dedah Punca Dia Menangis Di Instagram

The post “Caprice Jangan Memandai Timbulkan Fitnah Kononnya Saya Membela LGBT” – Mujahid Rawa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments