#Hiburan: “Saya Nak Berubah” – Niezam Zaidi Ikut Tabligh, Menyesal Terlibat Kes Dadah

Pelakon, Niezam Zaidi memaklumkan dia kini sedang mendalami ilmu agama selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak pada 12 Oktober 2021 lalu.

Menurut laporan Mstar, pelakon berusia 30 tahun itu berkata dia juga giat aktif menyertai kumpulan tabligh jika mempunyai masa lapang.

Advertisement

Bagaimanapun, Niezam menjelaskan dia tidak mahu terlalu ekstrim sehingga membuatkan orang ramai salah faham.

Maklum saja saya berada dalam industri hiburan tapi pada masa sama saya nak berubah ke arah kebaikan.”

Dalam pada itu, pelakon filem Budak Pailang itu mengakui mula sedar dan ingin membuat perubahan dalam hidup selepas melihat situasi yang melanda dunia ketika ini serta keadaan kesihatan ibu yang kurang baik.

Saya tak baik, jadi saya buat benda baik. Kita tak lama dekat dunia ni. Saya tak boleh lagi ikut kehendak diri sebaliknya perlu lakukan apa-apa kerana Allah.”

Namun, Niezam menjelaskan perubahan ini bukan bermaksud dia ingin meninggalkan dunia lakonan sebaliknya akan terus berlakon selagi bakatnya diperlukan.

Perubahan yang saya lakukan ni bukan juga bermaksud saya lebih bersikap selektif dengan watak yang diberikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 jam lalu

"Laki Bini Ke Ni?" - Kongsi Gambar Berpelukan, Wak Doyok & A.Aida Undang Spekulasi

The post “Saya Nak Berubah” – Niezam Zaidi Ikut Tabligh, Menyesal Terlibat Kes Dadah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments