#Hiburan: “Maaf Tergelak” – (VIDEO) ‘Viral’ Orang Ramai Nyanyi Lagu Justin Bieber Depan Jenazah, Rupanya…

Apabila jenazah diusung ke tempat pengebumian biasanya akan diiringi dengan doa atau jika bukan beragama Islam mungkin orang ramai yang hadir akan menyanyikan lagu bersesuaian.

Tetapi berbeza pula bagi proses iringi jenazah di Indonesia baru-baru ini yang tular di aplikasi TikTok.

Advertisement

Menerusi rakaman yang dimuat naik itu, orang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir terhadap almarhum didengari menyanyikan lagu penyanyi antarabangsa, Justin Bieber.

Mereka dilihat memegang telefon bimbit masing-masing dipercayai untuk melihat lirik lagu ‘Ghost’ yang dinyanyikan. Seorang lelaki dilihat memegang mikrofon dan menghulurkan ke arah orang ramai yang menyanyi.

I miss you more than life.”

@madesurata0

#fyp jaman milinial.tumben ad permintaan seperti ini??

? suara asli – Made Surata585 – Made Surata585

Advertisement

Menurut individu yang memuat naik video itu di TikTok, sebenarnya ia merupakan permintaan terakhir almarhum agar dinyanyikan lagu Justin Bieber sebelum jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen yang memberikan respon masing-masing dan ada di antaranya yang mengakui situasi tersebut lucu meskipun seharusnya suasana itu sedih.

Bagaimanapun, ada juga yang berasa situasi itu tidak pelik kerana ada juga budaya lain di negara Eropah yang mengamalkan perkara yang sama.

Segelintir warganet dilihat ‘tag’ Justin Bieber di ruangan komen video tersebut dengan harapan penyanyi itu akan menyedari tentang kejadian terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jenazah anak ditahan
1 hari lalu

Ibu Bapa Terkilan Jenazah Bayi Ditahan, Pihak Hospital Minta Bayar Bil Rawatan Dulu

The post “Maaf Tergelak” – (VIDEO) ‘Viral’ Orang Ramai Nyanyi Lagu Justin Bieber Depan Jenazah, Rupanya… first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments