#Hiburan: “Kali Terakhir Jumpa Cikgu Sebab Masalah Disiplin” – Joe Flizzow

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow melahirkan rasa gembira apabila terserempak dengan pengetua sekolahnya sewaktu menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Joe Flizzow
1 minggu lalu

Joe Flizzow Pantang Lelaki Pakai Baju Melayu Dengan Kasut 'Sneakers'

Advertisement

Menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya, Joe mengimbas kembali kenangan bersama pengetua sekolahnya iaitu Puan Jamilah Rahmat.

Terserempak dengan bekas pengetua Sekolah Menengah Subang Utama, Puan Jamilah Rahmat di sebuah majlis perkahwinan.

Menurut Joe, kali terakhir dia bertemu dengan Puan Jamilah adalah dipejabatnya kerana dipanggil disebabkan masalah disiplin.

Advertisement

Joe turut memberitahu yang dia terkesima kerana Puan Jamilah mengingati dengan terperinci segala yang berlaku pada hari tersebut.

Joe Flizzow

Dalam pada itu, Joe juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang bergelar guru kerana mencurahkan ilmu kepada pelajar dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Sekadar info, Joe kini sedang melancarkan program pengajian Bahasa Inggeris kepada orang ramai secara percuma iaitu projek Start Your Journey With Joe Flizzow.

The post “Kali Terakhir Jumpa Cikgu Sebab Masalah Disiplin” – Joe Flizzow first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments