#Hiburan: Bunga Isme & Nana Pejuang Hak Wanita Menerusi Single ‘Amaran’

Selepas Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris, penyanyi rap, Bunga Isme dipilih pula Siti Nordiana untuk berkolaborasi menerusi single duet berjudul Amaran.

Amzar Bunga Isme
3 minggu lalu

"Tak Tahu Cerita, Jangan Buat-Buat Cerita. Tak Pasal-Pasal Bunga Isme Pula Kena" - Amzar Sabri

Advertisement

Mengakui teruja apabila dapat berkolaborasi dengan penyanyi berpengalaman, Bunga tidak pernah menyangka Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana menghargai bakatnya sebagai penyanyi baru.

Ruang dan peluang ini bagaikan bulan jatuh ke riba. Sejujurnya, saya amat terkejut apabila Kak Nana menyedari bakat hingga membuatkannya terbuka melamar saya berkolaborasi dengannya.

Menurut Bunga, Nana adalah penyanyi pertama yang mengajak dirinya untuk berkolaborasi bersama kerana dia yang selalunya mengajak penyanyi lain menjalinkan kerjasama.

Tambah Bunga lagi, Nana mahukan perubahan pada genre muzik Amaran kerana Nana seperti diketahui banyak menghasilkan single bergenre balada dan mereka kini baru sahaja selesai menjayakan penggambaran video muzik Amaran.

Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini turut memaklumkan yang single duet mereka berdua itu berkisarkan tentang pemerkasaan wanita.

Bunga Isme

Disebabkan tema mengangkat wanita, jadi saya teruja mahu menyertainya.

Single duet bergenre hip hop, trap dan electric dance music (EDM) tersebut sudah dilancarkan di platform penstriman digital terpilih sejak 26 November lalu.

Sekadar info, Bunga kini sedang menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban, Negeri Sembilan sejak Ogos lalu.

The post Bunga Isme & Nana Pejuang Hak Wanita Menerusi Single ‘Amaran’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments