#Hiburan: Tampil Berhijab, Netizen Doa Semoga Mas Idayu Istiqamah

Perkongsian hantaran gambar penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu menjadi perhatian orang ramai apabila beliau tampil berhijab sekaligus membuat netizen tertanya-tanya adakah dia sudah berhijab.

Advertisement

Dalam satu gambar yang dikongsi, penyanyi itu memuat naik dirinya berhijab ketika sedang dine-in di salah sebuah restoran pada 1 September lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Menerusi perkongsian gambar yang sama, Mas Idayu tampak selesa mengenakan tudung jenis selendang berwarna hitam yang dipadankan dengan pelbagai warna baju.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen, perubahan yang dilakukan mendapat maklum balas yang positif bukan sahaja dari pengikut di Malaysia malah di Indonesia juga.

IG komen Mas Idayu

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih dari 30,000 tanda suka dan 1000 komen daripada pengikutnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tampil Berhijab, Netizen Doa Semoga Mas Idayu Istiqamah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments