#Hiburan: Kak KM ‘Hiking’ Semasa Hamil 7 Bulan, Netizen Risau Bahayakan Bayi Dan Diri

Baru-baru ini, tindakan usahawan yang penuh dengan kontroversi, Liana Rosli telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet setelah beliau menyertai aktiviti mendaki bukit atau hiking ketika sedang sarat mengandung tujuh bulan.

Advertisement

Menyedari ia membahayakan diri serta kandungan, Liana atau lebih mesra dikenali sebagai Kak KM memberitahu dia mengikuti aktiviti lasak itu untuk memenuhi permintaan anaknya.

Sebenarnya memang berbahaya untuk saya sampaikan coach (jurulatih) pun terkejut tak sangka saya mampu hiking sebab keadaan perut pun dah besar, tunggu masa nak beranak sahaja.

Perkongsian yang dibuat di laman media sosial Facebooknya telah mengundang pelbagai komen dari warganet dan rata-ratanya menegur tindakan Kak KM melakukan aktiviti lasak yang boleh mendatangkan bahaya buat dirinya serta bayi di dalam perut.

Advertisement

Dalam pada itu, ada juga individu yang memberitahu kawasan hutan tidak selamat untuk ibu yang sedang hamil kerana turut didiami makhluk halus.

Liana Rosli hiking semasa mengandung

Dalam pada masa yang sama, anak kepada pelakon veteren Normah Damanhuri ini turut menasihati ibu-ibu mengandung lain yang di luar sana untuk tidak mengikut tindakannya kerana ia boleh membahayakan kandungan.

Sebelum ini, menerusi Facebook, Kak KM berkongsi satu video hantaran dia sedang hiking bersama keluarganya di sebuah bukit yang terletak di Ampang, Selangor.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kak KM ‘Hiking’ Semasa Hamil 7 Bulan, Netizen Risau Bahayakan Bayi Dan Diri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments